comscore
Tumpuan :
Dunia

12 maut dalam serangan kumpulan kongsi gelap

Foto: Reuters

PORT-AU-PRINCE: Sekurang-kurangnya 12 maut selepas kumpulan kongsi gelap menyerang penjara utama di ibu negara Haiti.

Situasi itu menyebabkan ribuan banduan melarikan diri, dengan sebilangan mangsa mengalami kecederaan kesan tembakan atau senjata lain.

Pierre Esperance daripada Rangkaian Kebangsaan bagi Mempertahankan Hak Asasi berkata, kini hanya tinggal kira-kira 100 daripada 3,800 banduan di penjara berkenaan.

Kerajaan Haiti dalam kenyataan memaklumkan, pihak polis bertindak mematahkan serangan kumpulan kongsi gelap itu terhadap penjara terbabit dan satu lagi penjara.

Setakat ini, belum dapat dipastikan jumlah banduan yang lari dari penjara kedua. – REUTERS

Loading...
Terkini