comscore
Tumpuan :
Dunia

12 murid, 2 guru mati lemas ketika sertai program perkelahan di Gujarat

FOTO: Reuters

INDIA: 12 murid dan dua guru maut selepas bot dinaiki mereka karam di Gujarat.

Kejadian berlaku ketika puluhan murid sekolah terbabit sedang menyertai sesi perkelahan di sebuah tasik di daerah Vadodara.

Beberapa murid ditemui selamat dan dibawa ke tebing manakala usaha mencari dua lagi murid yang hilang masih diteruskan pasukan penyelamat.

Lapor media tempatan, bot yang sesak dengan penumpang melebihi kapasitinya mungkin menjadi punca insiden itu berlaku.

Kerajaan Persekutuan dalam pada itu mengumumkan bantuan kepada setiap waris mangsa 200,000 rupee manakala 50,000 rupee bagi mangsa yang cedera.

Tambahan 400,000 rupee lagi sebagai sumbangan daripada kerajaan negeri bagi waris mangsa yang maut.

Loading...
Terkini