comscore
Tumpuan :
Dunia

13 maut serangan nekad sasar anggota keselamatan

Foto: Reuters

BELEDWEYNE: 13 mangsa maut dan 45 cedera dalam serangan nekad menyasarkan pihak berkuasa di tengah Somalia.

Menurut pihak berkuasa tempatan, kejadian berhampiran bandar Beledweyne, Hiran itu berlaku apabila suspek yang memandu lori sarat bahan letupan bertindak merempuh pos kawalan keselamatan.

Letupan yang berlaku turut menggegarkan dan memusnahkan beberapa bangunan berhampiran.

Setakat ini, 13 mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai penduduk setempat dan orang awam yang tinggal berhampiran.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab mendalangi serangan terbabit.

Gabenor Hiran dalam satu kenyataan menyifatkan serangan berkenaan sebagai perbuatan keji.

Loading...
Terkini