comscore
Tumpuan :
Dunia

13 pengunjung kelab malam terbunuh dalam kebakaran

Foto: Reuters

RUSIA: Sekurang-kurangnya 13 terbunuh dalam kebakaran sebuah kelab malam di bandar Kostroma.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 pagi. Susulan kejadian 250 pengunjung dipindahkan.

Pasukan bomba bersama jentera pemadan api berjaya mengawal kebakaran hampir 5 jam kemudian

Kebakaran turut mengakibatkan struktur bangunan hampir musnah sepenuhnya.

Juga terdapat laporan kecederaan namun angka sebenar tidak dapat dipastikan.

Menurut Jawatankuasa penyiasat, mereka sedang mengumpul maklumat daripada saksi kejadian.

Laporan media antarabangsa pula mendedahkan, kebakaran mungkin tercetus selepas seorang lelaki membakar suar di dalam premis berkenaan.

Kementerian Dalam Negeri Rusia dalam pada itu mengesahkan penahanan seorang suspek setakat ini. – REUTERS

Loading...
Terkini