comscore
Tumpuan :
Dunia

14 Kanak-Kanak Maut Feri Karam Di Sungai Mekong

PHNOM PENH : Sekurang-kurangnya 14 kanak-kanak maut selepas feri dinaiki mereka karam di Sungai Mekong, Kemboja ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah.

Ketua polis Kandal, Chhoeun Sochet, memaklumkan pasukan penyelamat masih mencari seorang lagi murid yang masih hilang.

Kejadi berlaku pada Khamis lalu di wilayah itu, yang terletak kira-kira 53 kilometer dari Phnom Penh.

Katanya, mangsa berusia antara 11 hingga 14 tahun, dan memaklumkan insiden itu berpunca daripada tindakan pemilik feri yang membenarkan lebih muatan, kecuaian serta ketiadaan jaket keselamatan

Agensi berita AFP melaporkan dua murid dan dua operator feri terselamat dalam kejadian berkenaan.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen menzahirkan ucapan takziah menerusi media sosialnya dan mengarahkan pihak berkuasa membantu keluarga mangsa.

“Penduduk, khususnya yang menetap di sepanjang sungai ini perlu berhati-hati apabila situasi banjir semakin meningkat,” katanya, merujuk pada musim tengkujuh ketika ini.

Jutaan rakyat Kemboja menetap dan bekerja berhampiran Sungai Mekong, yang mengalir di sepanjang beberapa negara Asia Tenggara dan China. – REUTERS

Loading...
Terkini