comscore
Tumpuan :
Dunia

14 Maut Insiden Letupan Lombong Arang Batu Di Turkiye

Pegawai perubatan dan keselamatan menunggu di luar lombong arang batu selepas letupan di Amasra. – FOTO : AFP

BARTIN : Sekurang-kurangnya 14 dilaporkan maut dalam kejadian letupan di dalam lombong arang batu di Turkiye.

Menurut Menteri dalam Negeri negara itu, 28 yang lain cedera.

Insiden berlaku di wilayah pantai Laut Hitam, Amasra semalam.

Menteri Tenaga pula memaklumkan, letupan berkemungkinan berpunca akibat lembapan api.

Ia merujuk kepada gas mudah terbakar yang terdapat di lombong arang batu.

Kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa yang masih terperangkap diteruskan. – AFP

Loading...
Terkini