comscore
Tumpuan :
Dunia

14 staf Bulan Sabit Merah Palestin dijadikan tebusan oleh Israel

Foto: Reuters

MOSCOW: Empat belas kakitangan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) dijadikan tebusan oleh Israel, kata PCRS, lapor Sputnik.

Bagaimanapun, PCRS berkata lokasi mereka masih tidak diketahui.

“Pihak berkuasa Israel terus menahan 14 ahli PRCS, yang lokasinya masih belum diketahui. Keluarga dan rakan sekerja sangat bimbang keselamatan mereka kerana terdapat laporan penyeksaan dan penganiayaan berdasarkan testimoni daripada rakan sekerja yang dibebaskan,” kata PCRS menerusi hantaran di laman X pada Selasa.

Pertubuhan itu menggesa masyarakat antarabangsa untuk campur tangan dan “memberi tekanan kepada pihak berkuasa Israel untuk membebaskan dengan segera pasukan kami yang ditahan”.  – BERNAMA-SPUTNIK

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini