comscore
Tumpuan :
Dunia

15 Maut Dalam Serangan Ke Atas Konvoi Bekalan Minyak, Senjata Di Syria

Foto: REUTERS

SYRIA : Sekurang-kurangnya 15 maut dalam serangan ke atas konvoi kumpulan bersenjata pro-Iran di timur Syria.

Sasaran adalah lori tangki minyak dan trak membawa bekalan senjata yang melalui daerah Albu Kamal berhampiran sempadan Iraq.

Media AFP yang memetik sumber dalaman tentera melaporkan, konvoi terbabit dalam perjalanan membawa bekalan itu dari Iran menuju ke Lubnan.

Daripada 22 kenderaan yang menyertai konvoi terbabit, 10 dibedil dan empat daripadanya musnah sepenuhnya.

Turut jadi sasaran serangan, sebuah kubu kumpulan bersenjata berhampiran lokasi konvoi berkenaan.

Jurucakap tentera bersekutu diketuai Amerika Syarikat dalam pada itu memberitahu, serangan terbabit tiada kena mengena dengan barisan ketenteraan pasukan pimpinannya itu.

Loading...
Terkini