comscore
Tumpuan :
Dunia

16 mangsa korban cuaca buruk di Sri Lanka

Foto: Reuters

COLOMBO: 16 terbunuh akibat cuaca buruk yang melanda Sri Lanka.

Hujan lebat melanda kebanyakan wilayah di negara ini sejak Ahad lalu sekali gus mencetuskan huru-hara.

12,000 kediaman mengalami kerosakan dan 6,000 penduduk dipindahkan ke pusat penempatan sementara.

Keadaan memaksa sekolah ditutup sebagai langkah berjaga-jaga.

Pihak berkuasa turut memotong bekalan elektrik bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

12 kematian dilaporkan akibat lemas di Colombo, Rathnapura, Matara dan Galle.

Tiga lagi kematian akibat tanah runtuh manakala bakinya akibat pokok tumbang.

Kejadian tanah runtuh di Ratnapura pula mengakibatkan dua rumah ranap serta lima penghuninya cedera.

Pasukan tentera dikerah dalam operasi mencari dan menyelamat selain menghulurkan bantuan kepada mangsa terjejas.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini