SEMENANJUNG GAZA: Seramai 17 penduduk Palestin terbunuh dalam serangan Israel semalam, ke atas sebuah rumah di kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza.
Jurucakap agensi pertahanan awam, Mahmud Bassal berkata, serangan itu berlaku pada waktu petang dan mengorbankan 17 orang.
“Hospital berdekatan menerima 39 orang yang cedera dengan kerja menyelamat sedang dijalankan di tempat kejadian, yang merosakkan beberapa rumah jiran,” katanya.
Susulan serangan itu, tentera Israel enggan memberikan sebarang komen atau bertanggungjawab terhadap tindakan itu.
Sementara itu, sumber perubatan di hospital Al-Awda berkata, seramai 14 mayat tiba di kemudahan itu dari kem berkenaan.
Peperangan di Gaza yang sudah melebihi setahun itu kini sudah membunuh sekurang-kurangnya 44,612 orang, majoritinya ialah orang awam, menurut angka dari Kementerian Kesihatan Hamas.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.