comscore
Tumpuan :
Dunia

18 maut termasuk kanak-kanak akibat cuaca buruk di A.S.

FOTO: Reuters

AMERIKA SYARIKAT: Hampir 20 terbunuh termasuk empat kanak-kanak di Texas, Oklahoma, Arkansas dan Kentucky selepas puting beliung dan cuaca buruk melanda wilayah tengah negara.

Lapan kematian dicatatkan di Arkansas manakala tujuh lagi dilaporkan maut di Texas termasuk kanak-kanak berusia dua dan lima tahun.

120 juta penduduk diletakan di bawah amaran berjaga-jaga hari ini dengan kebanyakannya di wilayah pantai timur dan selatan New England.

Lebih 642,000 penduduk terputus bekalan elektrik di 13 negeri termasuk hampir 135,000 di Texas.

FOTO: Reuters

11 kejadian puting beliung direkodkan dengan cuaca lebih buruk dijangka hari ini.

Jabatan Kaji Cuaca turut meramalkan suhu mencecah 48 darjah celcius di Laredo dan 45 darjah celcius di Austin dan Houston sekali gus membawa ancaman kepada penduduk jika terdedah kepada cuaca panas.

Dalam pada itu, Gabenor Kentucky, Andy Beshear mengisytihar darurat hari ini susulan ribut yang meragut sekurang-kurangnya satu nyawa di negeri itu. – CNN

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini