
TEBING BARAT: Pengganas rejim Israel telah menahan lebih ramai rakyat Palestin di Tebing Barat.
Seramai 18 orang ditahan di bandar Idhna berhampiran Hebron dan Shuweika, berhampiran Tulkarem, menurut agensi berita Wafa.
Mangsa termasuk lima sekeluarga yang ditahan di Idhna dalam serbuan pengganas Israel sejak semalam.
Kenderaan rejim turut dilihat dalam serbuan yang dilancarkan di bandar Allar dan Sidon di Tebing Barat, tambah Wafa.
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, pengganas Israel telah meningkatkan jumlah penahanan dan sekatan pergerakan di Tebing Barat sejak Gencatan Senjata Gaza dikuatkuasakan.
Pada masa sama, pendatang haram Yahudi turut melancarkan serangan di beberapa bandar Palestin. – AL JAZEERA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.