comscore
Tumpuan :
Dunia

19 maut, pesawat Precision Air terhempas ke dalam tasik

Foto REUTERS

BUKOBA: Sekurang-kurangnya 19 orang maut dalam insiden sebuah pesawat terhempas ke dalam Tasik Victoria, Bukoba, Tanzania.

Menurut media tempatan, pesawat Precision Air itu terhempas ketika cuba mendarat di lapangan terbang Tanzania.

Ketika kejadian, pesawat PW494 terbabit membawa 39 penumpang dan empat kru termasuk juruterbang.

Sementara itu, stesen penyiar Tanzania Broadcasting Corporation, TBC memaklumkan insiden berlaku ketika cuaca buruk melanda kawasan terbabit.

Punca sebenar kejadian setakat ini belum dikenal pasti.

Loading...
Terkini