
EL SALVADOR: Dua kanak-kanak terbunuh dalam kejadian tanah runtuh terbaharu di Soyapango, El Salvador.
Pasukan kecemasan bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.
Tanah runtuh mengakibatkan kediaman penduduk ranap.
Dua lagi individu yang cedera digegaskan ke hospital untuk rawatan segera.
Menurut pihak berkuasa, angka korban bencana di negara itu kini mencecah 19 orang dengan enam daripadanya kanak-kanak.
30,000 lagi mangsa masih berlindung di pusat penempatan sementara.
Cuaca buruk yang kini melanda negara Amerika Tengah meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa setakat ini – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.