Tumpuan :
Dunia

2 lelaki maut dilanggar kereta api berkelajuan tinggi di Jerman

Foto: Reuters

FRANKFURT: Dua pemuda maut akibat dilanggar kereta api penumpang berkelajuan tinggi berhampiran Bandar Frankfurt, Jerman pada petang Jumaat, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Kejadian berlaku ketika kedua-dua lelaki itu yang berusia 19 dan 23 tahun yang mahu menaiki bas dan menyeberangi landasan di stesen kereta api Langenselbold, menurut polis.

Mereka tidak menyedari kereta api ICE berkelajuan tinggi yang menghampiri. Akibatnya mereka dilanggar dan maut di tempat kejadian.

Laluan kereta api antara Hanau dan Fulda ditutup selama kira-kira tiga jam selepas kejadian.

Menurut jurucakap kereta api Deutsche Bahn milik kerajaan Jerman, terdapat kelewatan dan pembatalan perkhidmatan akibat penutupan landasan. – BERNAMA-dpa

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini