
MONTENEGRO: Sekurang-kurangnya 2 penumpang maut selepas bas yang dinaiki terjunam ke dalam gaung di Montenegro.
Menurut polis, kemalangan berlaku pada tengahari waktu tempatan apabila bas yang dalam perjalanan ke Budva, terbabas dan jatuh gaung kira-kira 15 meter.
Pegawai kesihatan mengesahkan jumlah mangsa yang cedera adalah 9 orang.
Seorang kini dilaporkan dalam keadaan kritikal.
Seorang wakil kerajaan tempatan berkata dua yang terbunuh merupakan warga Britain dan seorang wanita yang belum dikenal pasti.
Punca sebenar nahas masih dalam siasatan.