comscore
Tumpuan :
Dunia

2 maut dalam insiden runtuhan salji di Itali

Foto: Reuters

ITALI: Dua maut dalam insiden runtuhan salji di wilayah Val Formazza.

Menurut kenyataan dikeluarkan pasukan penyelamat, runtuhan berlaku pada ketinggian 2,200 meter di daerah Riale

Pasukan penyelamat bergegas ke lokasi kejadian dengan helikopter walaupun pada ketika itu angin kencang .

Turut menyertai operasi mencari mangsa adalah unit anjing pengesan.

Salah satu mayat ditemui dalam timbunan salji manakala satu lagi mayat ditemui di dalam tasik di lokasi berhampiran

Identiti mangsa yang juga pemandu arah di kawasan pergunungan terbabit bagaimanapun tidak didedahkan. – REUTERS

Loading...
Terkini