comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] 20 maut, 300 cedera gempa bumi di Jawa Barat

CIANJUR, JAWA BARAT: Lebih 56 orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 300 cedera dalam gempa bumi yang menggegarkan pulau utama Indonesia di Jawa Barat, seorang pegawai tempatan dari bandar yang paling teruk dilanda gegaran itu memberitahu media tempatan.

“Maklumat yang saya dapat buat masa ini, di hospital ini sahaja, hampir 20 orang meninggal dunia dan sekurang-kurangnya 300 orang sedang dirawat.

“Kebanyakan mereka mengalami keretakan akibat terperangkap oleh runtuhan bangunan,” kata Ketua Pentadbiran Cianjur, Herman Suherman, kepada penyiar Metro TV.

Gempa bumi berukuran 5.6 magnitud menggegarkan ibu kota Indonesia Jakarta selama beberapa saat, hari ini kata agensi cuaca dan geofizik (BMKG)

Pusat gempa berada di darat di sekitar Cianjur di Jawa Barat, pada kedalaman 10 km (6.21 batu), kata BMKG, sambil memaklumkan setakat ini tiada potensi tsunami dilaporkan. – AFP

Loading...
Terkini