comscore
Tumpuan :
Dunia

2,000 pelancong terkandas ekoran cuaca buruk di India, sempadan Nepal

FOTO: Reuters

GUWAHATI: Sekurang-kurangnya enam maut manakala 2,000 pelancong terkandas di Sikkim di wilayah Himalaya di India, akibat tanah runtuh dan banjir susulan hujan lebat sepanjang minggu ini.

Turut terkorban empat mangsa di daerah Taplejung di Nepal, sempadan Sikkim, ekoran tanah runtuh, selain banjir yang menghanyutkan rumah sewaktu mangsa sedang tidur.

Kerajaan tempatan negeri timur laut India itu, berkata hujan lebat menyebabkan tragedi tanah runtuh di beberapa lokasi di daerah Mangan, yang meliputi utara Sikkim dan terletak kira-kira 100 kilometer di utara ibu negeri Gangtok.

Ketua Daerah Mangan, Hem Kumar Chettri berkata, hujan berterusan selama 36 jam dan jalan ke utara Sikkim juga rosak di beberapa lokasi, yang memutuskan laluan sambungan ke daerah itu.

Media melaporkan, semua pelancong (termasuk 11 warga asing) yang terkandas selamat namun tidak dapat dipindahkan ekoran jalan raya rosak sekaligus memutuskan banyak laluan keluar.

Tahun lalu, sekurang-kurangnya 179 orang maut di Sikkim apabila tasik glasier Himalaya meletus dan mengakibatkan banjir.

Pasukan penyelamat dan jentera dikerahkan untuk membaiki jalan berkenaan tetapi kerosakan besar menyebabkan kerja pembaikan mengambil masa.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini