comscore
Tumpuan :
Dunia

21 maut, 60 cedera bas jatuh gaung

JAMMU: Sekurang-kurangnya 21 orang maut apabila bas dinaiki mereka jatuh ke dalam gaung di utara India.

Menurut pihak berkuasa, nahas yang berlaku di Jammu turut mencederakan sekurang-kurangnya 60 penumpang.

Jurucakap polis dalam satu kenyataan memaklumkan ketika kejadian, bas yang membawa rata-rata penganut Hindu itu dalam perjalanan dari Kurukshetra, Haryana menuju ke sebuah kuil di Jammu.

Kesemua mangsa yang cedera dikejarkan ke pusat kesihatan kolej perubatan kerajaan yang terletak berhampiran lokasi nahas.

Operasi mengesan baki penumpang yang terperangkap di dalam gaung masih diteruskan.

Punca sebenar nahas belum diketahui.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini