Tumpuan :
Dunia

22 maut dalam serangan junta Myanmar

FOTO: Reuters

Pasukan junta melancarkan serangan udara yang menyasarkan sebuah sekolah dan bangunan hospital di kawasan yang dikuasai pemberontak di Desa Singut, Kotapraja Myingyan, wilayah Mandalay, lapor Myanmar Now pada Isnin lalu.

Sekurang-kurangnya 12 anggota pemberontak terbunuh dalam serangan udara tersebut, sementara orang awam, termasuk kanak-kanak dan petugas kesihatan, turut menjadi mangsa dalam pengeboman yang berlaku hujung minggu lalu.

Seorang anggota pasukan pertahanan tempatan berkata, dua bom telah dijatuhkan ke atas sebuah bangunan sekolah yang dikatakan digunakan pemberontak sebagai markas.

Minggu lalu, Kementerian Luar Negeri China mengumumkan bahawa rejim junta dan kumpulan pemberontak telah menandatangani perjanjian gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 18 Januari. – ANTARANEWS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini