HAITI: Sekurang-kurangnya 24 maut selepas sebuah trak minyak meletup di jalan raya di semenanjung selatan Haiti.
Letupan turut mencederakan 40 orang yang lain dengan beberapa mangsa mengalami kesan lecur teruk pada sebahagian besar badan mereka
Mereka yang cedera dibawa ke Hospital Sainte Therese di bandar pelabuhan Miragoane, kira-kira 100 kilometer (km) di barat ibu kota Port-au-Prince.
19 mangsa yang cedera parah akan dipindahkan ke hospital khusus di Port-au-Prince dengan menaiki helikopter.
Perdana Menteri Haiti Garry Conille melawat tapak itu, berhampiran bandar pantai Miragoane di jabatan Nippes.
Letupan itu berlaku ketika mangsa cuba menadah bahan api yang bocor dari lori berkenaan. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.