comscore
Tumpuan :
Dunia

25 rekruit polis cedera dalam rempuhan kenderaan di Los Angeles

FOTO: AFP

LOS ANGELES, Amerika Syarikat: Seramai 25 rekrut polis cedera semasa latihan apabila sebuah kenderaan merempuh mereka di selatan California

Laporan sebelum ini menyebut 23 cedera apabila pemandu berusia 22 tahun memasuki laluan yang salah dan merempuh sekumpulan 75 rekrut yang berlari dalam formasi ketika latihan.

Menurut Poilis Los Angeles, Alex Villanueva, lima daripada yang cedera dalam keadaan kritikal, empat dalam keadaan stabil manakala 16 lagi cedera ringan.

Kenderaan itu berubah haluan menghala ke arah kumpulan rekrut dari Jabatan Polis Los Angeles dan beberapa jabatan polis lain di California Selatan pada sekitar 6:20 pagi waktu tempatan (1420 GMT) di Whittier.

Pemandu terbabit yang mengalami kecederaan ringan kemudian ditahan di tempat kejadian.

Dia melepasi ujian mabuk dan punca kemalangan masih belum dapat dipastikan setakat ini. – BERNAMA

Loading...
Terkini