comscore
Tumpuan :
Dunia

26 maut dalam serangan terbaharu tentera Zionis

FOTO: Reuters

GAZA: 12 penduduk Palestin terbunuh dalam serangan tentera rejim Zionis di Khan Younis.

10 lagi dilaporkan maut dalam serangan di Kem Pelarian Nuseirat dan Kem Pelarian Bureij di wilayah tengah Gaza.

Terbaharu serangan tentera rejim ke atas sebuah pangsapuri di daerah Sabra, Gaza City pula meragut empat nyawa dan sejumlah penduduk lagi cedera.

Pihak Berkuasa Palestin dalam pada itu mengisytihar daerah Jabalia dan Beit Hanoon di utara Gaza sebagai kawasan kemusnahan besar.

FOTO: Reuters

Serangan lain di utara Gaza termasuk Hospital Indonesia dan sebuah pusat dialisis.

Di Tebing Barat pula, tentera rejim melancarkan serbuan di beberapa daerah termasuk Qalqiya dan Jenin.

Perang Israel-Palestin sejak 7 Oktober lalu telah meragut hampir 37,000 nyawa penduduk Palestin dengan lebih 83,000 lagi cedera. – AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini