Tumpuan :
Dunia

28 maut, 29 cedera serangan senjata api di Pakistan

FOTO: Reuters

KHYBER PAKHTUNKHWA: 28 terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam serangan senjata api di barat laut Pakistan.

Menurut Ketua Setiausaha wilayah Khyber Pakhtunkhwa, mangsa yang maut termasuk seorang wanita dan kanak-kanak.

Jumlah korban juga dijangka akan terus meningkat.

Menurut saksi, serangan disasarkan ke arah dua kenderaan yang melalui kawasan terbabit.

Salah sebuah kenderaan dilaporkan berlepas dari Peshawar ke Parachinar.

Serangan itu turut mendapat kritikan Presiden Asif Ali Zardari.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab setakat ini. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini