
UTTAR PRADESH: Sekurang-kurangnya 28 orang terkorban dalam tempoh dua hari di Uttar Pradesh, India susulan hujan lebat berterusan di negeri itu.
Antara yang terjejas teruk dalam hujan lebat sejak 48 jam lalu ialah Lucknow, Barabanki dan Goda.
Sistem pengangkutan juga dilaporkan lumpuh ekoran kebanyakan jalan raya ditenggelami air.
Sekolah di beberapa kawasan juga turut ditutup sejak Isnin lalu.
Sehubungan itu, Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath mengarahkan kerja-kerja menghulurkan bantuan di daerah yang dilanda banjir disegerakan.