Tumpuan :
Dunia

3 maut, 48 cedera dalam letupan bom tangan di Thailand

Foto: Pasukan Penyelamat Thailand

THAILAND: Sekurang-kurangnya tiga terbunuh dan 48 lagi cedera dalam letupan sebutir bom dalam Pesta Tahunan di daerah Umphang, wilayah Tak.

Menurut ketua polis Umphang, bom tangan itu dilontar di hadapan pentas tarian ketika penduduk dan pengunjung sedang menari.

Dua mangsa maut di tempat kejadian dan mangsa yang cedera pula dikejarkan ke Hospital Umphang selepas menerima rawatan awal.

Susulan itu, polis dan tentera menahan dua suspek remaja lelaki, seorang warganegara Thailand dan seorang anggota Kesatuan Kebangsaan Karen (KNU).

Salah seorang suspek pernah ditangkap kerana kesalahan dadah pada Februari lalu.

Semasa soal siasat, dia mengaku membawa beg galas yang mengandungi bahan letupan untuk menyasarkan sebuah kumpulan.

Menurut laporan, letupan itu disebabkan oleh peranti letupan buatan (IED) dan dikaitkan dengan konflik berterusan antara kumpulan remaja yang bermula semasa Festival Songkran.

Manot Phoniam, ketua daerah Umphang, berkata pesta itu diadakan selama tujuh malam, dari 8 Disember hingga 14 Disember.

Pasukan sukarelawan kampung, polis, dan tentera telah disusun untuk mengukuhkan keselamatan semasa acara itu, kata Encik Manot.

Acara tersebut menampilkan pelbagai pentas pertunjukan, dan serangan itu berlaku di pentas tarian tradisional, tambahnya.

Kira-kira 8,000 hingga 9,000 orang menghadiri pesta tahunan Palang Merah di daerah sempadan utara ini. – BANGKOK POST

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini