comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] 3 maut ratusan cedera, gempa bumi kuat landa Turkiye

 

 

ANTAKYA: Satu lagi gempa bumi kuat melanda wilayah sempadan Turkiye dan Syria dengan kekuatan magnitud 6.3 pada kedalaman hanya 2 kilometer.

Menurut Pusat Seismologi Mediterranean Eropah (EMSC), pusat gempa dikesan berhampiran bandar Antakya di selatan Turkiye di mana gegarannya turut dirasai di Syria, Mesir dan Lubnan.

Gempa pada jam 1.04 pagi (waktu Malaysia) turut diikuti beberapa gegaran susulan termasuk satu gempa bumi berukuran 5.8 magnitud.

Menteri Dalam Negeri Turkiye, Suleyman Soylu mengumumkan sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan 213 cedera selepas beberapa bangunan yang sudah rosak dalam gempa bumi sebelumnya runtuh.

Gempa kali ini berlaku hanya dua minggu selepas kawasan itu musnah akibat gegaran lebih kuat yang mengorbankan lebih 47,000 orang dan merosakkan serta memusnahkan ratusan ribu kediaman.

Jumlah korban gempa bumi kuat Turkiye kini mencecah lebih 41,000 orang.- AP

Loading...
Terkini