comscore
Tumpuan :
Dunia

3 negara ASEAN alami 29 bencana sepanjang minggu lalu – Pusat AHA

 

JAKARTA: Indonesia, Malaysia dan Filipina mengalami 29 bencana, termasuk banjir, tanah runtuh, kejadian berkaitan angin dan aktiviti gunung berapi sepanjang minggu pertama tahun 2024, menurut Pusat Penyelarasan ASEAN untuk Bantuan Kemanusiaan mengenai Pengurusan Bencana (Pusat AHA).

Badan Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) melaporkan kejadian banjir, tanah runtuh dan bencana berkaitan angin berlaku di 12 wilayah, termasuk Jakarta, Jambi, Jawa Timur, Riau dan Sulawesi Barat.

Banjir dilaporkan di Riau sejak 1 Jan menyebabkan lebih 6,000 keluarga dengan lebih 600 orang di Siak, Pelalawan, Pekanbaru, Dumai dan Indragiri Hulu dilaporkan terjejas.

Bencana itu turut menyebabkan ribuan kediaman, enam jambatan, 20 buah sekolah, empat kemudahan kesihatan dan beberapa bangunan kerajaan serta kemudahan awam dan tempat ibadah mengalami kerosakan.

Di Jambi, BNPB melaporkan banjir dan tanah runtuh di Kabupaten Tebo menjejaskan lebih 8,000 keluarga selain 820 hektar kawasan pertanian musnah.

Aktiviti gunung berapi turut dilaporkan berlaku di Gunung Semeru dan Lewotobi Laki-laki di Indonesia dan Gunung Mayon, Taal, Kanlaon dan Bulusan di Filipina.

Di Malaysia, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaporkan kejadian banjir di Johor dan Pahang.

Menurut Pusat AHA pihak berkuasa telah mengambil tindakan, termasuk berkoordinasi dengan agensi berkaitan, mengumpul data, operasi pemindahan dan menyediakan logistik yang diperlukan oleh masyarakat yang terjejas. — BERNAMA

Loading...
Terkini