KYIV, Ukraine: Sekurang-kurangnya tiga termasuk seorang kanak-kanak terbunuh di bandar Sumy, timur laut Ukraine dalam serangan dron Russia semalam, kata pentadbiran tentera wilayah itu hari ini, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
“Pada waktu pagi, musuh menyerang bangunan kediaman bertingkat dan infrastruktur kritikal,” tulis pentadbiran itu di Telegram sambil menyatakan pihaknya sedang menilai kerosakan.
Sebanyak 25 dron tempur Russia dilaporkan telah ditembak jatuh.
Ukraine mempertahankan tenteranya daripada pencerobohan berskala penuh Russia selama lebih dua tahun setengah.
Wilayah Sumy semakin menjadi sasaran serangan udara Russia sejak kemaraan Ukraine ke wilayah Kursk, Russia yang bersebelahan sejak Ogos lalu.- BERNAMA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.