comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] 30 pengsan dalam rempuhan di konsert NCT127

FOTO : AFP

INDONESIA: Sekurang-kurangnya 30 individu pengsan akibat rempuhan sewaktu menghadiri konsert NCT 127 sekaligus memaksa kumpulan K-Pop itu menamatkan persembahan mereka lebih awal.

Menurut pihak polis, konsert yang berlangsung lebih dua jam itu mula kecoh apabila peminat mula bergerak ke hadapan untuk menghampiri pentas sekaligus mencetuskan rempuhan.

Bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku, pihak penganjur bertindak membatalkan konsert pda 9.20 malam waktu tempatan.

Menurut salah seorang pengunjung, sebelum rempuhan berlaku, NCT 127 sedang memberikan hadiah kepada peminat.

Ekoran itu, mereka yang berada di belakang bertindak menolak ke arah pentas sehingga pagar penghadang runtuh.

Ahli kumpulan itu sendiri turut memberikan amaran untuk tidak menolak antara satu sama lain, namun tidak diendahkan.

Polis bagaimanapun membenarkan konsert berlangsung buat hari kedua namun pengedaran hadiah kepada peminat dilarang sama sekali.

 

Loading...
Terkini