comscore
Tumpuan :
Dunia

31 korban dalam serangan terbaharu Israel sasar Kem Nuseirat

Foto: Reuters

GAZA: Sekurang-kurangnya 31 terkorban, manakala 20 lagi cedera susulan serangan udara terbaharu dilancarkan rejim zionis di kem pelarian Nuseirat.

Agensi Pertahanan Awam Palestin berkata, serangan dilakukan di tengah-tengah lawatan penasihat keselamatan kebangsaan Amerika Syarikat, Jake Sullivan bagi membincangkan isu berkaitan konflik itu.

Menurut rejim pasukan udaranya menyerang puluhan sasaran Hamas dalam tempoh 24 jam lalu selain memaklumkan kononnya sedang menyiasat laporan orang awam turut menjadi mangsa serangan terbabit.

Seorang saksi berkata, sebuah kompleks kediaman dimusnahkan dan terdapat mayat di bawah runtuhan bangunan terbabit.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menggesa gencatan senjata di Gaza disegerakan selain memaklumkan sedang merangka perjanjian damai serantau bagi mencapai penyelesaian dua negara.

White House dalam kenyataan dikeluarkan berkata, rentetan kemelut politik itu, Sullivan bertemu rakan sejawatnya dari Israel, Tzachi Hanegbi dan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu bagi membincangkan konflik Gaza serta senario pasca-peperangan di Baitulmaqdis.

Sullivan ketika pertemuan itu menjelaskan ‘potensi’ perjanjian normalisasi antara Israel dan Arab Saudi kepada Netanyahu, selepas mengadakan perbincangan di rantau berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini