LUBNAN: Sekurang-kurangnya 31 terbunuh dalam bedilan pengganas Israel di Tyre dan Baalbek.
15 kematian dicatatkan dalam serangan ke atas Persatuan Pengakap Misi Islam di bandar Derqim Ras Al-Ain.
Lima lagi korban dicatatkan di Hanawi manakala lima lagi kecederaan dilaporkan dalam serbuan pengganas rejim ke atas sebuah rumah di Ain Baal.
Lagi serbuan dilancarkan ke daerah Sarifa dengan sejumlah penduduk cedera.
Serangan udara turut dilancarkan ke beberapa kawasan lain termasuk Abbasiya, Qasimiya dan Al-Barghaliya.
Pengganas rejim turut melancarkan bedilan ke atas laluan Jarmash Qald al-Sabaa yang menghubungkan Syria dan Lubnan.
Kumpulan Pejuang Hizbullah dalam pada itu turut bertindak balas ke atas tentera Israel di bandar Shebaa di selatan Lubnan. – AL JAZEERA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.