comscore
Tumpuan :
Dunia

35 individu ditahan polis dalam rusuhan di Greece

FOTO: AFP

GREECE:  Sekurang-kurangnya 35 individu ditahan polis dalam rusuhan di bandar Athens dan Thessaloniki.

Lapor media Reuters, ribuan penunjuk perasaan berarak di jalan raya di kedua-dua bandar.

Ia bagi memperingati ulang tahun kematian seorang remaja 15 tahun Alexandros Grigoropoulos yang maut ditembak polis 14 tahun lalu.

Penunjuk perasaan dilaporkan bertindak ganas membaling bom petrol dan suar ke arah polis.

Ia memaksa polis membalas dengan melepaskan gas pemedih mata dan bom tangan pegun.

Thessaloniki juga menyaksikan penduduk berang dengan tindakan polis yang menembak seorang remaja berusia 16 tahun pada Isnin lalu.

Selain bergaduh dengan polis penunjuk perasaan turut membina penghadang bagi menghalang laluan.

Malah tong sampah dan sebuah jentera berat turut dibakar. – REUTERS

Loading...
Terkini