comscore
Tumpuan :
Dunia

35 maut akibat salji dan hujan lebat di Pakistan

Foto: Reuters

PAKISTAN: Sekurang-kurangnya 35 terbunuh manakala puluhan lagi cedera dalam tempoh lima hari lalu susulan salji tebal dan hujan lebat yang melanda Pakistan.

Data itu didedahkan oleh Pihak Pentadbiran Bencana Wilayah Khyber Pakhtunkhwa.

Ketua Jabatan Meteorologi Pakistan dipetik berkata, cuaca buruk luar biasa melanda negara itu bulan ini.

Banjir buruk dan cairan glasier dari kawasan pergunungan menjejaskan kira-kira 33 juta penduduk tahun lalu.

Bencana itu turut meragut lebih 1,700 nyawa selain memusnahkan binatang dan tanam-tanaman. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini