
SEME-PODJI: Sekurang-kurangnya 35 maut termasuk seorang kanak-kanak dalam kebakaran di sebuah premis dipercayai menjadi depoh minyak haram di tenggara Benin.
Menurut jurucakap pihak berkuasa tempatan, kejadian berlaku di Seme-Podji berhampiran sempadan Nigeria.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman sosial, asap hitam tebal jelas kelihatan selain api marak turut memusnahkan deretan kedai berhampiran.
Kebakaran dipercayai berlaku pada sebelah pagi waktu tempatan ketika gasolin sedang dibawa masuk ke dalam depoh terbabit.
Puluhan orang awam turut dilaporkan parah dalam insiden berkenaan.
Sehubungan itu, siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran kini dijalankan oleh pihak berkuasa.