Tumpuan :
Dunia

37 maut dalam serangan Israel di Gaza

FOTO: Reuters

GAZA: Sekurang-kurangnya 37 penduduk Palestin terbunuh dalam serangan rejim Israel di Gaza.

Serangan terbaharu termasuk di Kem Pelarian Jabalia di utara Gaza, namun angka korban masih belum didedahkan setakat ini.

Ketegangan di Tebing Barat pula menyaksikan penduduk haram Yahudi menyerang rakyat Palestin di daerah Masafer Yatta dan Sada al-Thalabah.

Dalam pada itu, 9 pengganas Israel dilaporkan cedera dalam pertempuran di Gaza dalam selatan Lubnan.

Terdahulu, Hizbullah dalam kenyataannya memberitahu, serangan dron telah dilancarkan ke kedudukan Israel di pinggir bandar Hanine.

Juga terdapat laporan bedilan roket ke Maroun al-Ras. – AL-JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini