comscore
Tumpuan :
Dunia

4 bayi baru lahir maut

Foto hiasan

BAKU: Sebuah klinik bersalin di Azerbaijan terbakar, menyebabkan empat bayi maut, semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan negara itu, anggota penyelamat dilihat bergegas membawa keluar pesakit dalam inkubator dan memindahkan mereka ke dalam ambulans.

“Empat bayi baru lahir terkorban di Pusat Perinatal Republikan di Baku, manakala tiga orang keracunan akibat asap,” kata Kementerian Kecemasan dalam satu kenyataan.

Media tempatan memetik Ketua Pendakwa Raya, Kamran Aliyev, berkata siasatan akan diteruskan bagi menentukan empat bayi yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi itu meninggal dunia akibat api atau disebabkan terhidu asap.

“Kami memerlukan masa untuk melakukan siasatan terperinci mengenai apa yang berlaku,” katanya menurut laporan agensi berita APA.

Pendakwa raya telah membuka kertas siasatan jenayah untuk mengenal pasti sebarang pelanggaran peraturan keselamatan kebakaran serta kecuaian, dan berkata Presiden Ilham Aliyev akan memantau siasatan itu secara peribadi. – AGENSI

Loading...
Terkini