Tumpuan :
Dunia

4 cedera dalam insiden tikaman di Tel Aviv

FOTO: REUTERS

TEL AVIV: Empat orang cedera ditikam di pusat bandar Tel Aviv pada hari Selasa (21 Januari), menurut perkhidmatan kecemasan Israel, Magen David Adom (MDA).

Polis rejim menyatakan bahawa penyerang telah dihapuskan tetapi tidak memberikan butiran lanjut mengenai identiti atau keadaan penyerang.

Satu mayat dilihat terbaring di lokasi kejadian dan dikelilingi oleh pasukan polis.

Kesemua empat mangsa telah dibawa ke hospital dengan dua mengalami kecederaan sederhana manakala dua lagi mengalami kecederaan ringan, menurut MDA.

Polis rejim memaklumkan bahawa mereka masih menjalankan penilaian di kawasan tersebut untuk memastikan tiada penyerang lain. REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini