AMERIKA SYARIKAT: Sekurang-kurangnya empat terbunuh manakala 18 lagi cedera dalam insiden tembakan di Alabama.
Kejadian berlaku di luar sebuah kelab malam di daerah Birmingham.
Lapor media antarabangsa, beberapa suspek tiba dengan sebuah kenderaan lalu melepaskan tembakan ke arah sekumpulan individu yang sedang menanti giliran masuk ke kelab terbabit.
Sasarannya dipercayai seorang individu di dalam kumpulan itu.
Polis percaya penjenayah dibayar untuk melakukan pembunuhan terbabit.
Usaha kini sedang dijalankan bagi memburu kesemua suspek.
Siasatan turut disertai Biro Penyiasatan Persekutuan, FBI dan Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Letupan ATF. – REUTERS / CNN
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.