comscore
Tumpuan :
Dunia

4 maut akibat terkena renjatan elektrik di Indonesia

Penolong Pesuruhjaya Polis Bantul, Jeffry Prana Widnyana.

JAKARTA: Tragedi melanda Bantul, Yogyakarta awal 2024 apabila empat nyawa melayang dalam insiden membabitkan renjatan elektrik, menurut polis.

Penolong Pesuruhjaya Polis Bantul, Jeffry Prana Widnyana berkata kes terbaharu membabitkan seorang lelaki berusia 28 tahun dari Nusa Tenggara Timur yang maut ketika membaiki bumbung bocor pada Khamis.

Pada Rabu, seorang lelaki berusia 43 tahun terkena renjatan elektrik ketika membaiki lampu di tempat kerjanya.

Pada 29 Jan, seorang pekerja binaan ditemukan mati di atas bumbung kediaman semasa menjalankan tugas.

“Mangsa ditugaskan untuk memasang jubin di bilik mandi,” kata Jeffry dalam satu kenyataan.

Sementara itu pada 21 Jan, seorang lelaki berusia 40 tahun maut ketika memotong buluh di tepi sungai.

Jeffry menyeru orang ramai agar berhati-hati dengan risiko renjatan elektrik terutama semasa musim hujan, ekoran insiden kematian baru-baru ini.  — BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini