comscore
Tumpuan :
Dunia

4 maut, Israel serang Hospital Al-Aqsa

Foto: Reuters

GAZA: Sekurang-kurangnya empat maut dalam serangan udara Israel menyasarkan perkarangan Hospital Al-Aqsa di Deir El-Balah di tengah Gaza.

Serangan turut mencederakan 17 yang lain termasuk beberapa wartawan.

Pejabat media kerajaan di Gaza berkata, serangan udara itu mengenai khemah pelarian berlindung dan berteduh, selain lokasi wartawan bekerja.

Tentera rejim dalam satu kenyataan berkata, serangan itu kononnya menyasarkan pusat arahan yang dikendalikan oleh pejuang Hamas.

Menurut Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia, (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, satu pasukan dengan organisasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berada di perkarangan hospital ketika serangan udara.

Dalam pada itu, kenyataan Kementerian Kesihatan Gaza berkata, serangan Israel meragut 77 lagi nyawa rakyat Palestin dalam tempoh 24 jam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini