Tumpuan :
Dunia

4 pegawai lantikan Biden dipecat, lebih 1,000 sedang dikenalpasti – Trump

Foto: Reuters

WASHINGTON D.C: Beberapa jam selepas kembali memegang jawatan, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan pemecatan empat pegawai kanan kerajaan yang dilantik oleh presiden sebelumnya, Joe Biden.

Menurut Trump, hari pertamanya di White House belum berakhir.

Justeru, Pejabat Personel Presiden giat mengenal pasti dan menyingkirkan lebih 1,000 pegawai lantikan presiden daripada pentadbiran terdahulu yang tidak sehaluan dengan visi pentadbirannya yang sering dilaungkan.

Trump menegaskan perkara itu di platform media sosial Truth Socialnya.

Tambah Trump lebih ramai lagi akan menyusul dengan tindakan pemecatan itu.

Empat nama disenaraikan – Jose Andres daripada Majlis Presiden untuk Sukan, Kecergasan dan Pemakanan; Mark Milley daripada Majlis Penasihat Infrastruktur Negara; Brian Hook daripada Pusat Wilson untuk Sarjana; dan Keisha Lance Bottoms daripada Majlis Eksport Presiden.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini