comscore
Tumpuan :
Dunia

4 suspek serangan Dewan Crocus didakwa lakukan keganasan

Foto: Reuters

MOSCOW: Empat lelaki dituduh terbabit dalam serangan, di sebuah Dewan Konsert Crocus, di Moscow, Rusia didakwa atas kesalahan keganasan.

Kesemua mereka kini ditahan, sementara menunggu perbicaraan.

Menurut kenyataan Mahkamah Daerah Basmanny, Moscow, keempat-empat mereka berdepan hukuman penjara seumur hidup.

Mahkamah dalam satu kenyataan berkata, dua daripada defendan terbabit mengaku bersalah, dengan seorang daripada mereka, yang berasal dari Tajikistan, mengakui sepenuhnya kesalahan terbabit.

Pihak berkuasa sebelum ini memaklumkan, kesemua suspek adalah warga asing.

Foto: Reuters

Sehingga kini 11 orang telah ditahan berhubung serangan pada Jumaat malam di Dewan Bandaraya Crocus yang mengorbankan sekurang-kurangnya 137 mangsa.

Meskipun kumpulan Daesh mengaku bertanggungjawab, Presiden Rusia, Vladimir Putin tidak menolak kemungkinan pembabitan Kyiv apabila mereka ditangkap ketika cuba melarikan diri ke Ukraine.

Namun Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky dan Amerika Syarikat menolak sebarang tuduhan mengenai pembabitan Kyiv.

Serangan terbabit menyebabkan kematian terbesar di Rusia sejak awal 2000.

Rakaman video ketika serangan menunjukkan orang ramai menyaksikan konsert berasak-asak menyerbu pintu keluar dengan kedengaran suara jeritan serta bunyi tembakan bertubi-tubi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini