comscore
Tumpuan :
Dunia

 4 terkena serangan jantung selepas rumah didiami terbakar

TOKYO: Empat penghuni sebuah rumah di Tokyo terkena serangan jantung selepas kediaman mereka terbakar pada Khamis, lapor Xinhua.

Menurut Jabatan Bomba Tokyo, kebakaran berlaku pada 1.30 tengah hari waktu tempatan di sebuah rumah dua tingkat di Shinagawa Ward, Tokyo.

Penyiar awam NHK berkata setakat ini, lima orang telah diselamatkan. Bagaimanapun empat daripada mereka terkena serangan jantung.

Sementara itu, Jabatan Polis Metropolitan Tokyo sedang menyiasat kejadian itu.  — BERNAMA-XINHUA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini