comscore
Tumpuan :
Dunia

40 hektar hutan musnah terbakar

FOTO: AFP

CHILE : Sekurang-kurangnya 40 hektar hutan di wilayah Valparaiso musnah dalam kebakaran yang tercetus.

Anggota bomba dan kecemasan yang sudah bersedia di lokasi kejadian kini sedang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran.

Penduduk berdekatan juga turut membantu memadam kebakaran menggunakan cara manual.

Menurut pihak bomba, api sukar dipadamkan ekoran angin kuat serta suhu panas melampau.

Sementara itu pihak berkuasa memaklumkan tiga kebakaran berasingan tercetus yang sehingga kini masih belum dapat dikawal.

Kediaman berdekatan berisiko tinggi dijilat api, bagaimanapun keadaan di situ masih terkawal.

 

 

Loading...
Terkini