GAZA: Serangan pengganas Israel ke atas sebuah daerah al-Mawasi di selatan Gaza mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 terbunuh dengan 60 yang lain cedera.
Serangan berlaku berhampiran sebuah hospital lapangan yang dikendalikan oleh badan amal British, UK-Med.
Menurut Pertahanan Awam Gaza, sekurang-kurangnya 20 khemah di mana pelarian sedang tidur dibedil pengganas rejim.
Pasukan penyelamat di al-Mawasi dalam pada itu mendedahkan, peluru berpandu itu meninggalkan kesan lubang sedalam 9 meter.
Penduduk menggambarkan suasana kacau-bilau di kawasan itu dengan kebakaran yang sedang berlaku dan pesawat pengintip Israel berlegar di ruang udara.
Al-Mawasi yang terletak di pesisir pantai dipenuhi dengan khemah-khemah sejak ramai penduduk Palestin melarikan diri ke kawasan itu apabila tentera Israel mengisytiharkan kawasan itu sebagai “zon selamat” semasa serangan di bandar-bandar berdekatan iaitu Rafah dan Khan Younis.
Serangan ini memburukan lagi keadaan kemanusiaan di Gaza, di mana situasi yang sudah kritikal semakin parah dengan jumlah kematian dan kecederaan meningkat. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.