comscore
Tumpuan :
Dunia

40,000 penduduk di bandar Nysa, Poland diarah pindah segera

FOTO: Reuters

POLAND: 40,000 penduduk di bandar Nysa di selatan Poland diarah berpindah serta-merta selepas sebuah pusat tadahan air di daerah berdekatan mengalami kerosakan.

Strategi pemindahan digariskan sebagai persiapan bencana selepas arus air dilaporkan sedang menghampiri daerah ini.

Proses evakuasi bermula pada tengah malam dengan pesakit kritikal dipindahkan dari hospital.

Ada juga penduduk yang mengambil langkah membina benteng bagi berdepan banjir.

Beberapa daerah berdekatan juga turut melakukan proses sama bagi berdepan risiko banjir.

Sebagai usaha membantu penduduk, kerajaan Poland mengumumkan dana bernilai AS$260 juta bagi membantu mangsa terjejas – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini