Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] 42 lagi penduduk Palestin syahid angkara Israel


GAZA: Sekurang-kurangnya 42 orang lagi menjadi korban serangan Israel ke atas bandar Gaza di utara wilayah Palestin pada Sabtu.

Menurut Pengarah pejabat media kerajaan dikendalikan Hamas, satu serangan Israel ke atas rumah di Al-Shati daripada lapan kem pelarian di Gaza, meragut 24 nyawa.

Sejumlah 18 lagi rakyat Palestin, dakwa beliau, terbunuh dalam serangan menyasarkan kediaman di kawasan kejiranan Al-Tuffah.

FOTO: Reuters

Sementara tentera Israel dalam kenyataan ringkas seperti lazimnya mendakwa jet angkatan pertahanan Israel (IDF) menyerang dua tapak infrastruktur tentera Hamas di kota Gaza.

Hamas bagaimanapun belum mengeluarkan sebarang respon mengenai dakwaan Israel menyerang infrastruktur tenteranya.

Sebaliknya, pasukan pejuang Palestin itu dalam kenyataannya menegaskan, serangan itu menyasarkan penduduk awam dan berikrar kematian orang awam yang tidak bersalah itu akan dibela.

Operasi ketenteraan darat dan udara Israel di Gaza dipertingkat apabila pimpinan Hamas menyerbu selatan Israel pada 7 Oktober tahun lalu.

Pergolakan berlarutan menyebabkan sebahagian besar Gaza musnah, selain sehingga kini mengorbankan lebih 37,400 nyawa, dengan 101 daripadanya terbunuh dalam tempoh 24 jam yang lalu, menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin.

FOTO: Reuters

Hampir keseluruhan penduduk Palestin hilang tempat tinggal dan terus menderita.
Lebih lapan bulan, kemaraan Israel kini tertumpu dua kawasan terakhir yang masih belum ditawan tenteranya: Rafah di pinggir selatan Gaza dan kawasan sekitar Deir al-Balah di tengah.

Penduduk berkata, kereta kebal Israel meneruskan pencerobohan ke kawasan barat dan utara Rafah beberapa hari kebelakangan ini.

Pada Sabtu, tentera Israel membedil beberapa kawasan dari udara dan darat, memaksa ramai keluarga yang tinggal di kawasan yang disifatkan sebagai zon kemanusiaan untuk meninggalkan utara.

Pada hari Jumaat, Kementerian Kesihatan Gaza berkata, sekurang-kurangnya 25 rakyat Palestin terbunuh di Mawasi di barat Rafah dan 50 cedera.

Namun, bedilan kereta kebal itu mengenai sebuah khemah yang menempatkan keluarga Palestin.

Dalam perkembangan sama, tentera Israel mendakwa, insiden itu sedang dalam siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini