comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] 45 beg mengandungi mayat manusia ditemui

 

MEXICO: 45 beg mengandungi mayat manusia ditemui di barat Mexico dikhuatiri menyerupai beberapa pekerja pusat panggilan yang hilang tempoh hari.

Menurut pihak berkuasa Jalisco, mayat berkenaan ditemui di wilayah Zapopan dan kini masih diteliti pihak forensik bagi mengenal pasti identiti.

Pencarian yang membawa kepada penemuan di dalam gaung awal minggu ini ekoran misi pencarian tujuh pekerja pusat panggilan berusia linkungan 20 – 30an digerakkan.

Individu ke-8 yang berkemungkinan besar mempunyai hubungan dengan kumpulan itu juga hilang.

Menteri Keselamatan Mexico berkongsi dengan media, siasatan awal mendapati pekerja yang hilang didapati melakukan penipuan hartanah dan peras ugut menerusi telefon.

Pihak berkuasa buat masa ini masih menentukan bilangan individu di dalam beg yang ditemui selain identiti dan bagaimana mereka mati.

Untuk rekod, data kerajaan menunjukkan buat masa ini 100,000 individu dilaporkan hilang di Mexico, khususnya lokasi di mana jenayah terancang berleluasa.

Loading...
Terkini